Betulkah ada istilah Rumah Sakit atau Hospital Korban Lelaki? Betulkah ada istilah Bilik Merenung? Gubug Gila?

Klarifikasi saja lewat google.. Seharusnya, logisnya, kalau memang ada istilah-istilah itu, google akan mengeluarkan hasil pencarian yang valid. Misalnya orang Malaysia yang menulis cerita atau berita menggunakan istilah-istilah itu.. Tapi kalau yang ditampilkan hanya hasil sepihak dari orang Indonesia yang menulis istilah-istilah itu, ya susah dipercaya..

Tidak sepantasnya kita menyebarkan apa yang tidak kita ketahui ilmunya..

Berikut ini catatan dari blog seorang mahasiswi Malaysia yang kuliah di Jakarta..

——-

Assalamualaikum…..
 
Setelah hampir 7 bulan aku merantau kat Jakarta ni, macam-macam orang tanya aku pasal Malaysia, bahasa Melayu dan makanan…tak kisahlah kan, tapi yang agak mengejutkan aku adalah beberapa bahasa kita seolah-olah dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa mereka…setakat ni dah 4 orang tanya aku tentang rumah sakit korban lelaki, apekah?????
this is so funny!!! aku ingat diorang main-main bila ada yang tanya betul ke rumah sakit kat Malaysia dipanggil rumah sakit korban lelaki??tapi bila semalam ada lagi yang tanya aku rasa konfuse lantas aku google…ternyata memang ada khabar angin tentang mende tu…kawan indonesia aku cakap cikgu dia cakap dalam kelas yang dekat malaysia takde rumah sakit bersalin, tapi rumah sakit korban lelaki..lol!!! aku sendiri pun pertama kali mendengarkan hal ini..rumah sakit hospital la beb, kalau untuk bersalin dipanggil hospital bersalin camtu je…manalah diorang dapat cerita ridiculous macam ni…huhu…
ni adalah antara yang jadi salah faham bahasa…….
 
Bhs Indonesia
Bahasa Malaysia
Pasukan terjun payung
Askar2 Bergayut
Rumahsakit Bersalin
Rumahsakit Korban Lelaki
Tiarap
‘Setubuh bumi’ atau ‘bercumbu bumi’
Menteri Kehutanan
Menteri Semak Belukar
Jalan ditempat
Injak2 bumi
Perata jalan (stoomwalls)
Seterika jalan
Pegawai/staf
Kaki-tangan
Tim sepak bola
Pasukan bola sepak
bila aku baca ni pun aku rasa kelakar…aduyaiiiii, ada ke patut pasukan payung terjun tu dia cakap askar bergayut…tapi kawan aku ada tanya pasal injak-injak bumi tu, aku cakap mana ada benda tu..aku cakap jelah pijak tanah…rupanya jalan setempat…yang lain takdelah tanya sangat, cuma kebanyakan bahasa kita sama, tapi penggunaan yang beza….apa yang diorang tahu hanyalah upin ipin, tu je kot cerita malaysia yang sampai sini…kalau negara kita, perh!!! semua channel nak tunjuk sinetron -,-
dah memang pandailah orang kita dan faham dengan bahasa Indonesia, tapi mereka??tahu betul..betul..betul je, bak kata upin ipin tu.lol!!!apapun, yang penting saling menghormati sesama kita, bagus jugak dapat memperluas dan perkayakan bahasa….aku sendiri kat sini pun ada beberapa salah faham bila bercakap…last sekali guna english nak explain something….tapi itulah, penguasaan english orang kat sini ternyata lebih rendah berbanding negara kita…diorang hanya guna english time kelas bahasa inggeris je, yang lain bahasa indonesia….tp negara kita pun da nak tukar sistem semua bahasa melayu balik kan?jadi takde beza daa….
ok lah tu je sedikit sharing dari saya…time kasih 🙂